Bicara Ekspres,
12:58

Ep136. Usahawan Kek Lahir Bagai Cendawan

19 Apr 2019

Ep 136. Usahawan Kek Lahir Bagai Cendawan

Eaqram Edible Arts merupakan perniagaan tukang kek, pastri dan perkhidmatan penghantaran hadiah di Seremban dan Kuala Lumpur. Pemiliknya, Mohd Ikram memulakan perniagaannya sejak tahun 2016. Pada awalnya, Ikram hanya belajar di Youtube. Setelah itu, pada tahun 2017, Ikram memasuki kursus di GIAT MARA Kuala Pilah selama 6 bulan dan menyambung kursus artisan kek selama 3 bulan.

Key Takeaways

Menurut Ikram, pada tahun 2016, usahawan tukang kek ini tidak terlalu ramai. Namun pada tahun 2018, usahawan tukang kek tumbuh bagai cendawan. Persaingan sememangnya cabaran yang akan dihadapi oleh semua peniaga. Untuk mengatasi pesaing, Ikram sentiasa cuba bertindak bijak. Dalam episode ini beliau berkongsi tentang bagaimana cara-cara mengatasi pesaing khususnya dalam bidang bakeri dan bagaimana beliau menjadikan Eaqram Edible Arts berbeza daripada pengusaha produk sama yang lain.

Fun Fact

Harga Kek yang ditawarkan oleh Eaqram Edible Arts bermula daripada RM20 ke atas, mahal atau murah harga itu dan kenapa tidak ada bawah dari RM20? Baginya pesaingan akan menjadikan kita lebih baik.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top