Bicara Ekspres,
16:10

Ep135. Perbandingan Batik Tangan dengan Batik Digital.

19 Apr 2019

Ep 135. Perbandingan Batik Tangan dengan Batik Digital.

Episod kali ini menampilkan pengasas Bushra Global Resources, iaitu Puan Bushra binti Ahmad. Bushra Global Resources merupakan sebuah perniagaan menjual pakaian batik yang dicetak dengan tulisan tangan berasal dari Bushra, Jourdan. Bushra Global Resources bertempat di Negeri Sembilan dan telah beroperasi hampir lima tahun sejak pertengahan tahun 2014.

Key Takeaways

Bushra menjual batik yang dicetak melalui lukisan tangan adaptasi dari pengaruh Jourdan, di Negeri Sembilan. Berbincang tentang isu persaingan, Bushra mengatakan persaingan di Negeri Sembilan tidak terlalu sengit tetapi apabila menyertai acara dan membuka booth, persaingan sengit diperolehi daripada pengusaha batik dari Pantai Timur. Antara cabaran lain dan masalah yang dihadapi olehnya dalam menjalankan perniagaan ini ialah persaingan batik digital dan perkembangan teknologi. Untuk menyelesaikan masalah ini, Bushra berkongsi tentang beberapa cara penyelesaian iaitu seperti bergiat dalam industri fesyen.

Fun Fact

Perbezaan kualiti antara batik tangan dan batik digital adalah sangat berbeza. Kain yang digunakan untuk batik digital, apabila dibasuh kain tersebut akan kecut.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top