Bisnes Makeover,
26:03

Ep135. Daripada Wanita Kepada Wanita.

09 May 2019

Ep 135. Daripada Wanita Kepada Wanita.

Sempena Hari Wanita, Bicara Makeover membawakan tetamu jemputan wanita untuk berbincang tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan wanita. Bertemakan Think Equal, Build Smart and Innovate For Change merupakan tema untuk Hari Wanita tahun ini.

Isi Utama

Usahawan wanita sering dikaitkan dengan emosi dan masyarakat sering memandang rendah kepada usahawan wanita. Namun begitu, pada masa kini, usahawan wanita semakin melonjak naik dan memonopoli dunia perniagaan seperti Dato Siti Nurhaliza, Vivy Yusof, dan Neelofa. Dalam episod ini, Nana berkongsi tiga jenis cabaran unik yang dihadapi oleh usahawan wanita. Antaranya ialah stretotaip personaliti, kurang role model professional yang berjaya, dan halangan keluarga. Untuk segmen ini, Bisnes Makeover menemubual usahawan wanita yang masih baru dalam dunia perniagaan iaitu Zeti pemilik kepada Delish Chocolate. Zeti merupakan seorang mahasiswi UPM tahun ke-empat dalam Jurusan Bachelor Pembangunan Manusia. Zeti berkongsi tentang masalah dan cabaran sebagai usahawan wanita. Zeti juga berkongsi tentang beberapa bantuan yang diperlukan olehnya untuk memajukan lagi perniagaannya. Antaranya ialah, teknologi, marketing dan modal.

Fakta Menarik

Modal awal yang dikeluarkan oleh Zeti adalah RM3000 dan pendapatan Zeti sekarang telah mencecah 70% daripada pendapatan awal.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top