Bisnes Makeover,
21:26

Ep134. Ada Mesin Semua Senang Hati

25 Apr 2019

Ep 134. Ada Mesin Semua Senang Hati

Bisnes Makeover kali ini menampilkan usahawan industri desa produk makanan bernama Luqman Hakim b Mohd Yahaya, NM Affaf Enterprise dan pengeluar produk Ne’mah Frozen Food. Syarikat NM Affaf Enterprise dan pengeluar produk Ne’mah Frozen Food ini bermula sejak tahun 1998. Luqman mendaftarkan perniagaan ini pada tahun 2001 dan syarikat ini beroperasi dari Sungai Buloh, Selangor.

Key Takeaways

Sebagai syarikat yang telah bertapak lama, Luqman berkonsi tentang kursus-kursus yang dihadiri olehnya untuk memantapkan lagi perniagaanya. Antara kursus yang dihadiri oleh Luqman ialah kursus pembuatan, cara penyimpanan, dan kursus pemasaran. Pada awalnya, pengeluaran produk Ne’mah Frozen Food adalah secara manual namun pada tahun 2004/2005, barulah Ne’mah Frozen Food menggunakan mesin. Terdapat tiga jenis mesin yang digunakan oleh Ne’mah Frozen Food iaitu mesin mengguli, mesin doh dan mesin packaging. Mesin pertama yang dibeli oleh Luqman berharga RM20,000 dan wang tersebut merupakan duit simpanan syarikat. Luqman juga berkongsi tentang pengeluaran sebelum mempunyai mesin dan selepas mempunyai mesin. Penjualan frozen food sebulan mencecah sebanyak 40,000 biji berbanding sebelum mempunyai mesin, dimana pengeluaran produk hanyalah 1000 bji sehari. Ikuti penerangan lebih lanjut mengenai penggunaan mesin dalam industri pemprosesan makanan dalam episod ini.

Fun Fact

Produk Ne’mah Frozen Food mempunyai 16 jenis produk. Dua produk utama bagi syarikat ini ialah karipad dan samosa!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top