Bicara Ekspres,
16:30

Ep133. Kegagalan Menjadi Pembakar Semangat

12 Apr 2019

Ep 133. Kegagalan Menjadi Pembakar Semangat

Episod kali ini menampilkan seorang usahawan wanita yang berkongsi tentang perniagaan beliau iaitu Z Treats yang menjual chocolate chip cookies. Pengasas Z Treats, Nurisah Hasmin merupakan seorang mahasiswi di UPM mengambil kursus English Linguistics. Nurisah merupakan pelajar tahun ketiga yang sangat aktif dalam kolejnya.

Key Takeaways

Dalam episod Apa Punca Utama Business Gagal, Nurisah berkongsi tentang pengalaman dan punca beliau gagal dalam perniagaan. Kegagalan yang dihadapi oleh Nurisah tidak membuatkan beliau putus asa dan berhenti berniaga, malah punca tersebut digunakan oleh beliau untuk memperbaiki businessnya. Nurisah bercerita tentang perubahan yang dihadapi oleh beliau setelah memperbaiki kesilapannya. Selain berniaga di UPM, Nurisah juga berniaga di Melaka yang diuruskan oleh ibunya. Nurisah juga berkongsi tentang cabaran dan masalah terbesar yang dihadapi olehnya semasa menjalankan perniagaan. Antaranya ialah masa, pengangkutan dan juga postage. Nurisah juga berkongsi tentang bagaimana beliau mengatasi cabaran dan masalah ini.

Fun Fact

Selain menjual chocolate chip cookies, Z Treats juga menjual cream puff. Nurisah menyewa dapur rumah kawannya untuk membuat chocolate chip cookies untuk dijual di UPM.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top