Bisnes Makeover,
27:44

Ep133. Berniaga: Pekerjaan Paling Miskin dan Kaya

25 Apr 2019

Ep 133. Berniaga: Pekerjaan Paling Miskin dan Kaya

Episod kali ini menampilkan seorang usahawan wanita yang terkenal iaitu Anne Idris, iaitu pengasas kepada My Mum Bakeri dan juga seorang mentor. Kini, Anne Idris merupakan penasihat kepada pihak MARA dalam bidang bakeri bagi membuahkan lagi pelapis baru dalam bidang tersebut. Untuk perniagaannya, Anne Idris sedang merekruit skuad dan kini Anne Idris mempunyai seramai 500 orang yang terlibat dalam perniagaannya.

Key Takeaways

Sebagai seorang usahawan dan mentor, Anne Idris berkongsi tentang strategi yang perlu dilakukan oleh Halimatul untuk meningkatkan lagi perniagaannya. Antaranya ialah packaging dan penggunaan media sosial. Untuk usahawan industri desa yang baru bertapak dan menjalankan proses pengeluaran makanan secara manual, Anne Idris berkongsi tentang cara-cara untuk meningkatkan pengeluaran. Semestinya, persaingan merupakan cabaran terbesar dalam sesuatu perniagaan, oleh itu Anne Idris juga berkongsi bagaimana untuk mengatasi persaingan!

Fun Fact

Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan industri desa untuk meningkatkan pengeluaran dan jualan. Salah satu daripadanya ialah agensi MARA yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top