Bisnes Makeover,
38:30

Ep132. Strategi Pemasaran: Go with The Flow

25 Apr 2019

Ep 132. Strategi Pemasaran: Go with The Flow

Episod kali ini bersama seorang usahawan bernama Kamil Sukre Mohamat. Encik Kamil merupakan pemilik kepada Myuda Kamil Enterprise dan produk SUKRE. Myuda Kamil Enterprise ialah perniagaan miliknya yang menjual produk makanan ringan. Perniagaan ini dimulakan oleh ibu Encik Kamil pada tahun 2006 dan Encik Kamil menyambung legasi pada tahun 2012. Terdapat tiga jenis produk utama iaitu kacang dhal goreng, kuih sepit dan mini rempeyek.

Key Takeaways

Dalam temu bual ini, Encik Kamil berkongsi tentang strategi marketing yang dilakukan olehnya. Menurut Encik Kamil, dia bergurau bahawa dia hanya mempraktikkan motto “go with the flow” dalam bidang perniagaan. Apa yang dimaksudkan oleh Encik Kamil ialah dia akan mengikuti mana-mana program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan. Encik Kamil menceritakan bagaimana untuk mendapatkan pengesahan halal untuk makanan. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sebelum memohon sijil halal. Encik Kamil juga berkongsi tentang bantuan yang diterima olehnya.

Fun Fact

Product pertama yang dikeluarkan oleh Myuda Kamil Enterprise ialah kacang dhal goreng yang merupakan resepi daripada ibu Encik Kamil.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top