Bicara Ekspres,
22:06

Ep132. Pastelia Enterprise, Tudung Pastel Kegemaran Wanita

12 Apr 2019

Ep 132. Pastelia Enterprise, Tudung Pastel Kegemaran Wanita

Pastelia Enterprise merupakan sebuah perniagaan fesyen yang menjual tudung. Yang menarik tentang Pastelia ialah tudung yang dijual hanya berwarna pastel. Norliatika bt Elias menubuhkan Pastelia Enterprise sejak tahun 2016. Norliatika atau senang dikenali sebagai Lia merupakan mahasiswi UPM dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam bidang Kewartawanan.

Key Takeaways

Sebagai seorang mahasiswi, semestinya Lia akan sibuk dengan pelajarannya sehingga mengabaikan perniagaannya. Ia merupakan salah satu punca Lia gagal dalam perniagaannya. Namun begitu, Lia berkongsi tentang bagaimana beliau bangun semula daripada kegagalan dan meneruskan perniagaannya. Cinta akan bidang kewartawanan, Lia mengatakan beliau akan meneruskan perniagaan sambil berkerja selepas menamatkan pengajian. Lia bercerita tentang punca kegagalannya selain daripada fokus belajar. Menjual tudung merupakan risiko yang besar kerana terdapat pelbagai jualan tudung secara online dan oflline, Lia berkongsi bagaimana beliau menjadikan Pastelia lain daripada yang lain. Antara cabaran yang lain ialah modal, kawan, product up to date dan juga persaingan tidak menjatuhkan Lia untuk terus bangun dan berniaga.

Fun Fact

Semasa awal penjualan, Lia menjahit sendiri tudung. Lia mula berniaga sejak beliau darjah tiga dengan menolong kakaknya menjual hasil kraftangan yang dilakukan oleh kakaknya sendiri sehingga SPM.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top