Bisnes Makeover,
21:43

Ep131. Pengeluaran Makanan Secara Manual Tidak Produktif?

25 Apr 2019

Ep 131. Pengeluaran Makanan Secara Manual Tidak Produktif?

Bersama Nana kali ini menampilkan Halimatul Saadiah bt Abd Latif dari Eymas Recipe dan pengeluar pes Asam Pedas Alor Gajah. Sebelum Halimatul memulakan perniagaan menjual pes asam pedas, Halimatul membuka kedai makan asam pedas pada tahun 2012. Disebabkan atas permintaan ramai pelanggan, Halimatul menjual pes asam pedas beliau. Pada tahun 2017 dengan ilmu pemprosesan yang sangat terhad, Halimatul mula menjual produk pes. Pada tahun 2018, Halimatul menyertai program di MARDI untuk belajar cara pemprosesan dan pembungkusan.

Key Takeaways

Sebagai seorang usahawan industri desa produk makanan yang masih baru, Halimatul melakukan pes asam pedas dan sambal tumis secara manual yang hanya boleh bertahan selama 6 bulan. Pemasaran yang dilakukan oleh Halimatul juga hanya kepada kawan-kawan, saudara-mara dan kedai runcit. Pada awalnya, pembungkusan pes asam pedas dan sambal hanya dalam Tupperware tetapi sekarang pembungkusan pes asam pedas dan sambal dalam aluminium foil dan cara pemprosesan pun berbeza setelah Halimatul belajar dengan pihak MARDI. Halimatul turut berkongsi mengenai jumlah pengeluaran stok iaitu 1000 paket sebulan dengan harga jualan RM8.

Fun Fact

Modal awal yang diperlukan untuk pembungkusan baru iaitu menggunakan alumunium foil ialah sebnayak RM3000 untuk 200 paket!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top