Bisnes Makeover,
11:53

Ep130 Teknologi Moden dalam Pengeluaran Produk Tradisional

25 Apr 2019

Ep 130 Teknologi Moden dalam Pengeluaran Produk Tradisional

Bisnes Makeover bersama Nana pada minggu ini akan menampilkan usahawan-usahawan industri desa dari sektor pengeluaran produk makanan. Industri desa juga dikenali sebagai industri kecil atau industri tradisional. Industri desa juga berperanan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sesetengah pemilik industri desa produk makanan masih menjalankan pengeluaran makanan mereka secara manual, namun begitu dengan mengaplikasikan teknologi moden dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk.

Key Takeaways

Dalam episod ini, Nana berkongsi tentang tips untuk memulakan perniagaan dalam industri produk makanan. Antaranya ialah penggunaan media sosial, pemasaran, agen dan menyertai expo serta carnival. Selain itu, Nana juga berkongsi secara terperinci tentang bagaimana usahawan boleh menyampaikan produk kepada pelanggan dengan cepat.

Fun Fact

Kewujudan Industri Kecil dan Sederhana ini telah memberi dan membuka peluang pekerjaan yang sangat luas khasnya kepada golongan penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top