Bicara Ekspres,
16:54

Ep130. Apam Balik Abang Mat 30 Tahun Beroperasi

12 Apr 2019

Ep 130. Apam Balik Abang Mat 30 Tahun Beroperasi

Apam Balik Abang Mat beroperasi di Melaka diuruskan oleh Siti Nur Raihan dan kakaknya. Siti Nur Raihan merupakan bekas penuntut GIAT MARA, Masjid Tanah dalam kursus masakan dan pramusaji. Usahawan muda ini telah mengambil alih perniagaan ayahnya mempunyai dua cawangan iaitu di Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah.

Key Takeaways

Sebagai seorang usahawan muda yang mengambil alih perniagaan keluarga, Siti tidak menjadikan ia sebagai beban dan malah Siti mengembangkan lagi perniagaanya. Ayah Siti telah menurukan resipi kepada Siti, namun begitu, sebagai usahawan yang inovatif, Siti menambaik dan melakukan perubahan kepada resepi tersebut. Menawarkan dua jenis apam balik iaitu crispy dan tebal, penambahbaikan resepi membuatkan apam balik crispy lain daripada yang lain. Siti baru saja mengambil alih perniagaan ini sejak setahun yang lepas berkongsi tentang punca kegagalan yang pernah dihadapi oleh ayahnya. Siti berkongsi tentang cabaran yang dihadapi olehnya iaitu pemasaran dan persaingan. Walaupun pemasaran perniagaan Siti dilakukan secara offline, namun Siti mengambil beberapa insiatif untuk menambahbaikkan perniagaannya.

Fun Fact

Apam Balik Abang Mat telah beroperasi selama 30 tahun diturunkan kepada Siti Nur Raihan dan kakaknya.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top