Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
08:00

Ep13. Nasi Arab Dari Pes Al Taj

11 Jul 2019

Ep 13. Nasi Arab Dari Pes Al Taj

Meneruskan kesinambungan podcast di pameran Satu Daerah Satu Industri, untuk episod kali ini, mari bersama-sama Puan Ina dari Al Taj Food Marketing & Services yang sudi berkongsi sedikit mengenai perniagaan yang dijalankan yang berfokus kepada makanan dari Timur Tengah.

Isi Utama

Al Taj Food Marketing & Services berfokus kepada pemasaran dan pembuatan pelbagai jenis makanan dari Timur Tengah. Terdapat pelbagai jenis makanan, rempah ratus dan pes yang sedia untuk dimasak serta memudahkan penyediaan makanan. Daripada pemasaran melalui mulut ke mulut, kini syarikat ini kini bergiat aktif di media sosial serta memiliki stokis di seluruh negara. Puan Ina turut berkongsi cabaran menggunakan teknologi dalam mengembangkan perniagaan yang memerlukan modal yang besar.

Fakta Menarik

Bermula dari perniagaan kecil-kecilan dari rumah, Al Taj Food Marketing & Services kini memiliki kilang sendiri di Melaka Halal Hub. Mereka merupakan syarikat terawal yang memasarkan rempah ratus tersendiri untuk nasi Arab.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top