Bawa Mulut,
16:17

Ep13. Cinta dan Kreativiti Penjual Susu Kambing

18 Feb 2019

Ep 13. Cinta dan Kreativiti Penjual Susu Kambing

Abang Osman menggunakan peluang meminta bantuan Cik Sal yang pulang ke kampung untuk menjual hasil tenusu kambingnya yang berlebihan. Dengan bantuan Abang Rizal, Cik Sal dan Abang Osman berjaya membuat persediaan awal perniagaan Abang Osman dengan lancar.

Isi utama

Sebagai permulaan, Cik Sal memberi cadangan kepada Abang Osman untuk merangka pembungkusan produk yang menarik dan jelas. Penggunaan mainan kata mampu menjadi salah satu tarikan untuk produk. Produk susu kambing Abang Osman dikategorikan sebagai produk desa. Terdapat pelbagai bantuan khas yang kerajaan sediakan seperti adanya agensi produk desa yang dapat membantu memasarkan produk ke peringkat antarabangsa. Sebagai pengeluar produk makanan, Abang Osman diperingat untuk memastikan produk beliau mendapat sijil pengesahan halal agar pengguna yakin status halal produknya.

Fakta Menarik

Belanjawan 2019 meletakkan tema Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dengan memberi perhatian kepada memupuk budaya negara keusahawanan. 45% pelabur di platform pembiayaan alternatif terdiri daripada golongan berusia 35 tahun ke bawah.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top