Bicara Ekspres,
20:40

Ep128. Cara Pemasaran Untuk Bisnes Home Tutor

07 Apr 2019

Ep 128. Cara Pemasaran Untuk Bisnes Home Tutor

Bicara Ekspres kali ini menjemput Junita Jamsari, seorang home tutor yang berumur 29 tahun. Junita Jamsari menawarkan khidmat mengajar pelajar rumah ke rumah. Junita yang merupakan pemilik sijil Master dalam bidang Kimia mengajar dalam subjek Matematik. Sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 5 tahun sejak tahun 2014.

Key Takeaways

Junita Jamsari menceritakan bahawa beliau merupakan seorang kerani di sebuah pusat tuisyen dan pada masa itu, seorang cikgu tuisyen telah menawarkan beliau untuk mengajar subjek English di sebuah rumah. Semasa Junita memulakan perniagaannya, cabaran yang dihadapi oleh beliau ialah masalah pengangkutan kerana beliau perlu pergi rumah ke rumah untuk mengajar pelajar. Walaupun mengalami masalah itu, Junita berkongsi mengapa beliau masih meneruskan perniagaan ini. Salah satunya ialah, rasa kepuasan bila melihat peningkatan pelajarnya. Sebagai seorang usahawan yang menawarkan perkhidmatan mengajar rumah ke rumah, Junita berkongsi tentang pemasaran yang dilakukan oleh beliau untuk mendapatkan pelanggan.

Fun Fact

Semasa Junita menghadapi masalah pengangkutan, beliau telah meminjam motosikal kawannya. Junita juga menggunakan silibus sekolah untuk mengajar pelajarnya.

 

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top