Bisnes Makeover,
37:11

Ep128. Ada Apa dengan Pemasaran dan Penjenamaan?

18 Apr 2019

Ep 128. Ada Apa dengan Pemasaran dan Penjenamaan?

Episod Makeover kali ini menampilkan seorang usahawan bakeri yang terkenal, Anne Idris dan juga seorang usahawan bakeri, Encik Zai yang telah berkecimpung dalam bidang bakeri selama lebih daripada 12 tahun. Kini, Anne Idris menawarkan servis untuk mengajar usahawan-usahawan baru untuk memajukan bisnes mereka. Encik Zai merupakan pemilik kedai Happy Cakes yang terletak di Bandar Tasik Selatan sejak tahun 2010.

Key Takeaways

Seorang usahawan yang sangat berpengalaman dalam bidang perniagaan, Anne Idris dalm episode ini berkongsi berbagai tips yang boleh digunakan oleh usahawan-usahawan muda. Kali ini, Anne Idris berkongsi tentang cara-cara pemasaran dan branding yang berkesan. Pemasaran dan branding berkait rapat. Terdapat 8 cara-cara pemasaran dan branding yang dikongsi oleh Anne Idris. Antaranya ialah maksimumkan jenama, berkenalan dengan pelanggan, lancarkan pertandingan, cabutan bertuah dan lain- lain.
Encik Zai memulakan perniagaannya dengan menjual roti di kawasan universiti. Namun, penjualannya terpaksa dihentikan atas beberapa faktor. Encik Zai pula dalam episode ini berkongsi tentang perjalanan kedai bakerinya, Happy Cakes dan beberapa masalah yang dialaminya seperti operation costs yang menaik seperti bil elektrik dan air.

Fun Fact

Anne Idris menawarkan khidmat servis mengajar tidak hanya terhad kepada usahawan bakeri, malah terbuka kepada semua jenis perniagaan dan anda juga boleh belajar daripada pengalaman Encik Zai dalam episod ini agar kesilapannya tidak anda ulangi.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top