Bisnes Makeover,
37:23

Ep127. Durian Crepe: Hanya Permulaan Mama Sab

18 Apr 2019

Ep 127. Durian Crepe: Hanya Permulaan Mama Sab

Episod kali ini menampilkan seorang usahawan wanita bernama Siti Nursabrina atau mesra dipanggil sebagai Mama Sab. Mama Sab merupakan pengasas kepada Sabrina Bakeri atau branding nama syarikatnya, Mama Sab. Kini, Sabrina Bakeri mempunyai dua cawangan iaitu di Cyberjaya dan Petaling Jaya. Kariernya bermula sebagai seorang pekerja kerajaan, tapi kemudian Mama Sab mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan hanya meneruskan perniagaannya.

Key Takeaways

Dalam episod ini, Mama Sab berkongsi tentang perjalanan perniagaanya dari tahun 2016 sehingga sekarang. Semasa Mama Sab masih bekerja dan menjalankan perniagaannya, Mama Sab memperoleh pendapatan untuk perniagaannya sebanyak RM60,000 hingga RM70,000. Bukan sahaja menjalankan perniagaan bakeri, Mama Sab juga menawarkan servis perkhidmatan coaching kepada usahawan lain. Selain itu, Mama Sab juga berkongsi tentang apa yang perlu dilakukan oleh usahawan bakeri yang melakukan perniagaan seorang diri untuk memajukan lagi bisnes mereka. Bagi ejen, mereka juga mampu untuk mencapai pendapatan sehingga berjuta-juta. Mama Sab, di bawah Sabrina Bakeri juga menawarkan khidmat coaching kepada ejen dan dalam episod ini Mama Sab memberi tips-tips hangat bagi usahawan kategori ejen.

Fun Fact

Resepi pertama yang dilakukan oleh Mama Sab ialah Durian Crepe. Mama Sab dan suaminya membawa bekal durian crepe ke tempat kerja, dan dari situ kawan sekerja mencuba durian crepe tersebut. Desakan daripada kawan sekerja Mama Sab membuatkan Mama Sab menceburi perniagaan walaupun sibuk dengan pekerjaannya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top