Bicara Ekspres,
21:30

Ep126. Usahawan Muda Mengatasi Masalah Bisnes Networking

07 Apr 2019

Ep 126. Usahawan Muda Mengatasi Masalah Bisnes Networking

Bicara Ekpres menjemput Hannah binti Haizal Hazri, seorang usahawan muda berumur 20 tahun berkongsi tentang perniagaannya, HannahHazri Exclusive. HannahHazri Exclusive menjual short extender untuk muslimah yang mempunyai masalah dengan baju ketat dan singkat.

Key Takeaways

Sebagai seorang muslimah, Hannah mengambil peluang untuk memulakan perniagaan beliau dengan menjual short extender yang sangat sesuai untuk muslimah yang menghadapi masalah seperti pakaian terlalu singkat atau ketat. Sebagai seorang usahawan muda, Hannah mengatakan cabaran yang dihadapi oleh beliau semasa memulakan perniagaan ialah networking. Hannah berkongsi bagaimana beliau menyelesaikan masalah networking dalam temu bual ini. Beliau juga mengatakan bahawa sebagai usahawan muda, golongan ini mudah ditipu oleh beberapa pihak. Selain itu, Hannah juga menceritakan kepada pendengar mengapa dia memilih untuk berniaga dan bagaimana sebagai seorang mahasiswi untuk membahagiakan masa antara berniaga dan belajar.

Fun Fact

Hannah merupakan penuntut UPM tahun satu dalam bidang biokimia. Mentor beliau ialah Zety Khalif.

 

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top