Bicara Ekspres,
17:45

Ep125. NS Viral Agency: Ketahui Nilai Anda

07 Apr 2019

Ep 125. NS Viral Agency: Ketahui Nilai Anda

Dikenali sebagai Abang Viral, Bicara Ekspres menemubual Naim Shamsul. Naim Shamsul merupakan pengasas kepada NS Viral Agency. NS Viral Agency merupakan platform secara online untuk mempromosikan perniagaan di media sosial.

Key Takeaways

Sebagai seorang usahawan yang telah berkecimpung selama tiga tahun dalam bidang pemasaran secara talian, Naim berkongsi tentang bagaimana beliau memulakan perniagaan ini walaupun mendapat tentangan daripada keluarga dan rakan-rakan. Pada awal perniagaan beliau, pemasaran melalui media sosial tidak serancak pada masa kini. Naim tidak menghadapi cabaran dalam segi modal kerana beliau memulakan perkhidmatannya secara atas talian. Naim berkongsi mengapa beliau meneruskan perniagaannya walaupun mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Sebagai usahawan yang mencipta perniagaan melalui media sosial, Naim berkongsi bagaimana beliau memasarkan perkhidmatannya secara atas talian. Akhir sekali, Naim juga berkongsi kepada usahawan muda tentang tiga perkara sebelum memulakan perniagaan.

Fun Fact

Naim Shamsul memulakan perniagaannya selepas mengalami kegagalan dalam hidupnya. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, perniagaan merupakan salah satu cara untuk beliau meningkatkan kualiti hidup beliau.

 

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top