Bisnes Makeover,
25:42

Ep123. JNR Ice Cream, Kegemaran Semua

12 Apr 2019

Ep 123. JNR Ice Cream, Kegemaran Semua

Podcast kali ini menampilkan Nurhidayah Ramli dari JNR Aiskrim, sebuah perniagaan tempatan yang menyediakan soft-serve ice cream. Pada mulanya, JNR dikendalikan oleh adik Nurhidayah yang baru saja habis belajar dan tidak bekerja. Namun begitu, adik Nurhidayah terpaksa meninggalkan JNR Aiskrim kerana telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat. Nurhidayah Ramli mengambil alih selepas itu. JNR aiskrim sudah beroperasi sejak tahun 2015.

Key Takeaways

JNR Aiskrim memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM5000 untuk membeli mesin dan juga bahan mentah. Kini, JNR aiskrim mengembangkan perniagaan mereka dan mereka mempunyai 4 mesin aiskrim di kiosk Uniten, mall, Medan Selera Putrajaya dan juga sebuah mesin disediakan untuk acara-acara yang ditempah. Persaingan sengit antara peniaga aiskrim, terutamanya yang sudah di kenali seperti Baskin Robbins, Haagen Dazs tidak mematahkan semangat Nurhidayah, malah beliau menggunakan persaingan ini sebagai strategi untuk memajukan perniagaannya. Nurhidayah berkongsi bagaimana beliau mengatasi persaingan yang sengit antara perniagaan aiskrim yang telah lama beroperasi. Nurhidayah juga berkongsi tentang jenis-jenis promosi yang telah JNR aiskrim lakukan sehingga kini untuk mendapatkan keuntungan yang maksima.

Fun Fact

JNR ice cream mempunyai 6 jenis aiskrim iaitu vanilla, coklat, green tea, strawberry, durian, dan keladi.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top