Bicara Ekspres,
20:20

Ep122. Usahawan Muda Tidak Boleh Mencuba-cuba

28 Mar 2019

Ep 122. Usahawan Muda Tidak Boleh Mencuba-cuba

Bicara Ekspres menembual bual seorang usahawan muda bernama Nazrul Irfanradi bin Nazarul Anuar. Nazrul Irfan berumur 19 tahun memulakan perniagaannya, Putra Empire dengan menjual makanan tradisional iaitu dodol. Nazrul Irfan merupakan seorang mahasiswa tahun satu semester 1 jurusan perakaunan di Universiti Putra Malaysia.

Key Takeaways

Perniagaan dodol di bawah naugan Putra Empire dinamakan sebagai Putra Dodol Projek. Putra Dodol Projek merupakan projek pertama Irfan untuk mengumpulkan modal sebelum melangkah ke projek perniagaan yang seterusnya. Menurut beliau, pengalaman lebih penting daripada kemahiran kerana seseorang usahawan tidak perlu tahu untuk membuat produk yang dijual tetapi skil dan kemahiran berniaga sangat penting. Nazrul Irfan juga berkongsi tentang bagaimana beliau menyelesaikan masalah jika mengalami stok terputus atau permintaan tinggi daripada pelanggan.

Fun Fact

Putra Empire dinamakan sempena dengan nama universiti yang dituntut oleh Nazrul. Pembuatan dodol Putra Dodol Projek masih dilakukan secara tradisional.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top