Bisnes Makeover,
36:06

Ep122. Cita-Cita Atau Angan-angan?

12 Apr 2019

Ep 122. Cita-Cita Atau Angan-angan?

Podcast kali ini menjemput dua usahawan iaitu Fazli Nasir dan Mohd Zabidi bin Othman. Fazli Nasir merupakan pengasas kepada Zam Aiskrim, manakala Mohd Zabidi bin Otham merupakan Pengarah Urusan Zayyan Resources dan juga Aiskrim Nyok. Kedua-dua perniagaan ini mempunyai perbezaan yang berbeza. Antaranya ialah Zam Aiskrim menyediakan pelbagai jenis aiskrim dari hard ice cream ke soft ice cream. Aiskrim Nyok pula hanya fokus kepada aiskrim berperisa kelapa. Zam Askrim mula beroperasi pada tahun 2014. Aiskrim Nyok beroperasi pada awal tahun 2017.

Key Takeaways

Persamaan antara Zam Aiskrim dan Aiskrim Nyok adalah kedua-dua perniagaan ini pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan mereka. Fazli pernah gagal dalam meneruskan perniagaan pizzanya di pasar malam, manakala Mohd Zabidi pernah mengalami kegagalan semasa menjual soft aiskrim. Fazli dan Mohd Zabidi menceritakan pengalaman mereka dalam menghadapi kegagalan dan bagaimana mereka bangkit semula daripada kegagalan. Zam Aiskrim, pada mulanya hanya bermodalkan RM3000 untuk membeli tong, mesin aiskrim dan bahan-bahan aiskirm mentah kini mepunyai sebuah tempat di Bukit Beruntung untuk menghasilkan aiskrim. Selain itu, Zam Aiskrim juga menawarkan servis untuk usahawan muda menceburi bidang perniagaan aiskrim. Aiskrim Nyok merupakan perniagaan francais yang kini mempunyai 3 kedai di Pulau Pinang, 1 di Alor Star dan 1 di Selangor. Mohd Zabidi berkongsi tentang nasihat yang boleh digunapakai oleh usahawan muda untuk memajukan perniagaan. Menurut Fazli dan Mohd Zabidi, branding merupakan elemen yang penting dalam perniagaan. Mereka berkongsi tentang elemen branding yang patut ada dan mengapa branding sangat penting. Persaingan merupakan perkara yang biasa di dalam dunia perniagaan. Fazli dan Mohd Zabidi berkongsi pendapat tentang persaingan.

Fun Fact

Nyok merupakan slang utara yang bermaksud Kelapa. Fazli belajar perniagaan aiskrim daripada abang Bangladesh yang menjual aiskrim di kawasan sekolah.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top