Bicara Ekspres,
19:42

Ep121. Pengurusan Spa dan Urutan

28 Mar 2019

Ep 121. Pengurusan Spa dan Urutan

Dalam episod kali ini, tetamu Bicara Ekspres merupakan seorang usahawan wanita bernama Nur Nasihah binti Adnan. Nur Nasihah menceburi bidang perniagaan sejak beliau berumur 20 tahun dan kini perniagaannya, Zahanisha Spa sudah bertapak selama 6 tahun. Nur Nasihah mengendalikan perniagaan spa kecantikan, Zahanisha Spa di Bandar Saujana Utama. Nur Nasihah merupakan bekas pelajar Giatmara yang mengambil kursus kecantikan, grafik dan estetika.

Key Takeaways

Selama 6 tahun Zahanisha Spa beroperasi, Nur Nasihah mengendalikan perniagaannya seorang diri. Tidak hanya tersekat dengan menyediakan perkhidmatan spa di kedai, Nur Nasihah juga menyediakan perkhidmatan mobile spa kepada pelangganya yang mengalami kekangan waktu, tidak mempunyai pengangkutan dan mempunyai anak kecil. Nur Nasihah berkongsi tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang usahawan untuk memajukan lagi perniagaan. Selain itu, Nur Nasihah berkongsi tentang bagaimana mana beliau memulakan perniagaan dengan menerapkan skil kemahiran dan pengalaman yang beliau peroleh semasa bekerja. Berkecimpung dalam dunia perniagaan selama 6 tahun, Nur Nasihah berkongsi tentang faktor kegagalan sesebuah perniagaan.

Fun Fact

Nur Nasihah memulakan perniagaan Zahanisha Spa dengan bermodalkan RM1000 dengan menyediakan dua perkhidmatan iaitu facial spa dan massage.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top