Bisnes Makeover,
24:11

Ep121. Aiskrim Malaysia, Aiskrim Lejen!

12 Apr 2019

Ep 121. Aiskrim Malaysia, Aiskrim Lejen!

Bisnes Makeover menjemput seorang usahawan wanita bernama Puan Salena. Puan Salena merupakan pengasas kepada Aiskrim Malaysia Bangi. Puan Salena memulakan perniagaan sejak tahun 2015 dengan hanya menjual lima perisa asas, antaranya ialah bandung, jagung dan asam boi.

Key Takeaways

Puan Salena yang dahulunya cuma menawarkan lima jenis aiskrim Malaysia, kini menawarkan 15 perisa. Beliau hanya bermodalkan RM200.00 pada awal perniagaannya. Dalam episod ini Puan Salena berkongsi bagaimana beliau memasarkan perniagaannya sehingga keuntungan yang diperolehnya kini mencecah RM3000 hingga RM4000. Puan Salena yang hanya mengfokuskan perniagaannya pada penjualan aiskrim Malaysia tidak lokek ilmu kerana beliau berkongsi tips untuk membuat aiskrim Malaysia di laman Facebooknya. Puan Salena juga berkongsi tentang sistem pengurusan yang dilakukan olehnya sehingga dapat memperoleh keuntungan yang banyak. Faktor pemasaran memainkan peranan yang penting dalam perniagaan Puan Salena di mana pemasaran yang dilakukan oleh Puan Salena adalah secara atas talian.

Fun Fact

Semasa musim perayaan, pesanan yang diterima oleh Puan Salena boleh mencecah sehingga 5000 batang untuk sebulan. Perniagaan ini dilakukan oleh Puan Salena seorang sahaja dari awal pemprosesan sehingga pemasaran.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top