Bicara Ekspres,
33:41

Ep120. Azbi Centre: Pakar Aircond Paling Dipercayai

28 Mar 2019

Ep 120. Azbi Centre: Pakar Aircond Paling Dipercayai

Bicara Ekspres dalam episod ini menampilkan tiga orang penting dalam Azbi Centre iaitu Mohd Lokmannulhakim b Abd Adziz, Firdaus dan Yazid. Mohd Lokmannulhakim merupakan Pengarah Urusan Azbi Centre. Azbi Centre menawarkan khidmat servis untuk masalah aircond kereta yang kurang sejuk, tidak sejuk dan aircond masih lagi bermasalah walapun sudah banyak kali diperbaiki. Azbi Centre telah beroperasi sejak tahun 2014 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu di Sungai Buloh, Shah Alam Seksyen 22 dan Gombak.

Key Takeaways

Sebagai Pengarah Urusan Azbi Centre, Lokman berkongsi tentang isu tentang kemahiran atau pengalaman. Lokman di dalam temu bual ini mengatakan bahawa pengalaman dan kemahiran merupakan satu asas untuk mengembang perniagaan untuk lebih maju. Walaupun Azbi Centre merupakan perniagaan sedia ada tetapi Lokman dan rakan perniagaannya mampu mengembangkan perniagaan walaupun pada tahun pertama mengalami kesusahan. Lokman berkongsi bagaimana usahawan yang mempunyai kemahiran mahu memulakan perniagaan mereka. Yazid, Firdaus dan Lokman juga berkongsi tentang faktor kegagalan sesebuah perniagaan. Lokman menerangkan dengan lebih lanjut tiga “stage” untuk mengembangkan perniagaan iaitu pemasaran, sistem, expand.

Fun Fact

Azbi merupakan singkatan nama kepada ayah kepada Lokman dan Yazid iaitu Abdul Aziz bin Ismail. Azbi Centre juga mempunyai apps iaitu Azbicentre!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top