Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
34:52

Ep12. Kejayaan Koperasi SMK Senggarang

26 May 2019

Ep 12. Kejayaan Koperasi SMK Senggarang

Dalam episod ini dari siri Satu Daerah Satu Industri, hos kami menemuramah seorang wakil dari koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad. Walaupun hanya merupakan sebuah koperasi sekolah, perusahaan koperasi dari SMK Senggarang kini mempunyai outlet yang menjual barangan runcit untuk kehidupan harian.

Isi Utama

Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad telah berkembang dari sebuah koperasi sekolah menjadi sebuah koperasi yang mempunyai outlet menjual barangan runcit, termasuklah barang makanan basah dan makanan beku. Dalam episod ini, ahli lembaga koperasi, Cikgu Razif Ismail menceritakan bagaimana koperasi ini berkembang dari tahun 1964 sehingga kini dan bagaimana guru-guru sendiri memainkan peranan berlainan sebagai ahli-ahli lembaga koperasi.

Fakta Menarik

Outlet Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad turut menjual produk-produk keluaran penduduk setempat bagi menyokong produk keluaran tempatan!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top