Gerai Go Digital
Gerai On Digital merupakan satu pilot projek radio eFM menyokong dan membantu peniaga gerai makanan khususnya peniaga pasar malam, gerai tepi jalan dan peniaga bazar Ramadhan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid 19Melalui projek ini yang merangkumi eFM Pasar Malam Box dan eFM Bazar Ramadhan Box berkonsepkan membantu usahawan mikro ini mendapat pelanggan dan pendapatan berterusan melalui gaya pemasaran baru iaitu secara digital. Ia juga dapat membantu lebih ramai penghantar makanan menambah rezeki sepanjang PKP ini.
EP.12 Hendak Seribu Daya Pegangan Kuih Muih Tepung Pelita 123
Pada kali ini, Gerai Go Digital mengetengahkan seorang lagi peniaga gerai, Puan Hanirosza Hukartini bt Rosli dari Kuih Muih Tepung Pelita 123 yang dah berniaga sejak tahun 1998 lagi. Apa yang menariknya, bisnes keluarga ini menjalankannya sepanjang Ramadhan tahun ini dari rumah termasuk menjual nasi lemak dan meletakkannya di beberapa stesen minyak di Lembah Klang.
Isi Utama
Walaupun PKP, Puan Hanirosza dari Kuih Muih Tepung Pelita 123 tetap meneruskan bisnesnya dari rumah tetapi apa yang menariknya, beliau menggunakan media sosial sejak sebelum PKP dilaksanakan. Ini menyebabkan jenama dan produk tradisi keluarga beliau tidak terjejas teruk malah mendapat sambutan menggalakkan sepanjang PKP dan penggunaan khidmat penghantaran menjadi alat penghantaran yang sangat berkesan sepanjang PKP ini.
Fakta Menarik
Penggunaan media sosial seperti whatsapp,facebook dan Intagram menjadikan jenama dan produk sebahagian peniaga mendapat pasaran baru dan ianya perlu dilakukan sepanjang masa. Ini sesuai dengan perkembangan teknologi informasi yang sentiasa berkembang dan usahawan mikro perlu menguasainya.