Bisnes Makeover,
21:01

Ep119. Mara Membantu Usahawan Florist Bergiat Sendiri

07 Apr 2019

Ep 119. Mara Membantu Usahawan Florist Bergiat Sendiri

Adalah menjadi lumrah untuk semua usahawan yang baru bertatih dalam dunia perniagaan untuk pergi mendapatkan bantuan kewangan dan dana untuk membuka dan menjalankan bisnes mereka. Ini juga terpakai bagi usahawan kedai bunga. Podcast kali ini menemubual Encik Faizal dari Mara untuk mengetahui bantuan yang ditawarkan untuk para usahawan.

Key Takeaways

Untuk usahawan yang ingin menjalankan perniagaan kedai bunga, mereka boleh mengikuti pelbagai siri latihan pembentukan yang dianjurkan oleh pihak Mara selama sebulan dengan hanya bayaran minimum sambil membangunkan pelan perniagaan mereka. Selepas itu, pihak Mara akan menilai kesesuaian dan akan menawarkan pembiayaan pertama sebanyak lima puluh ribu ringgit. Encik Faizal turut mengulas mengenai perniagaan MZ Deco kelolaan Kak Intan yang layak untuk memohon skim pembiayaan am untuk pengubahsuaian kedai dan pemasaran kedai.

Fun Fact

Antara usahawan kedai bunga yang selesai latihan Mara dan berjaya seperti Puan Su yang mengusahakan kedai bunga di Putrajaya. Di samping dana-dana utama yang dibincangkan panjang lebar, terdapat juga dana lain yang disediakan Mara seperti dana untuk usahawan wanita, enterprise serta dana pemulihan syarikat.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top