Bicara Ekspres,
20:53

Ep118. Usahawan yang Ada Ilmu, Pengguna Berilmu

25 Mar 2019

Ep 118. Usahawan yang Ada Ilmu, Pengguna Berilmu

Bicara Ekpsress menemubual seorang ushawan wanita bernama Puan Saidatul Rosyida atau juga dikenali sebagai Kak Dodot. Beliau mengendalikan perniagaan makanan bernama Danish Recipe Foodtruck di Putrajaya. Bermula dengan berniaga chicken wings di gerai tepi restoran, Danish Recipe mengembangkan perniagaannya dalam industri foodtruck. Kini, Danish Recipe mempunyai dua perniagaan foodtruck dan sebuah café. Puan Saidatul telah berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan selama 4 tahun, dan dalam industri foodtruck selama dua tahun.

Key Takeaways

Puan Saidatul Rosyida menjadikan perniagaan sebagai satu medium untuk masa depan anak-anaknya. Dalam pemasaran, Puan Saidatul Rosyida menggunakan pelbagai jenis pemasaran seperti menggunakan media sosial dan pemasaran berterusan. Puan Saidatul Rosyida berkongsi bagaimana untuk menulis kandungan semasa memasarkan perniagaan di media sosial. Untuk memulakan perniagaan makanan dalam industri foodtruck, Puan Saidatul berkongsi tentang bagaimana beliau mencari ilmu tentang industri foodtruck. Makanan yang dijual oleh peniaga foodtruck sering dikaitkan dengan harga yang sangat mahal, Puan Saidatul berkongsi tentang bagaimana mahu mengurangkan kos pengeluaran sekaligus mengurangkan kos harga makanan dijual kepada pelanggan.

Fun Fact

Perniagaan Danish Recipe diinspirasikan oleh nama anak sulung Puan Saidatul Rosyida iaitu Muhammad Almadanni atau dipanggil sebagai Dani. Chicken wings yang dijual oleh Danish Recipe merupakan makanan pilihan anak sulung Puan Saidatul Rosyida.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top