Bicara Ekspres,
22:51

Ep117. Pemasaran yang Buruk Masih Tetap Pemasaran

25 Mar 2019

Ep 117. Pemasaran yang Buruk Masih Tetap Pemasaran

Bicara Ekspres menemubual seorang usahawan wanita yang bernama Zeaty. Zeaty merupakan seorang pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia. Zeaty merupakan pengasas kepada produk bumiputra, Delish Chocolate yang merangkumi empat jenis produk yang berbeza.

Key Takeaways

Zeaty merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam dunia perniagaan dan Delish Chocolate merupakan hanya salah satu daripada usaha dia untuk menceburi bidang keusahawanan. Dalam episode ini, Zeaty berkongsi tentang bagaimana beliau mempromosikan perniagaan Delish Chocolate dalam dua jenis bentuk pemasaran iaitu offline dan online. Untuk sesiapa yang baru menceburi dalam perniagaan, Zeaty berkongsi tentang bagaimana beliau mendapatkan ilmu perniagaan walaupun beliau sibuk dengan pelajarannya. Zeaty merupakan salah seorang usahawan bumiputra berkongsi tentang dua perkara yang usahawan tidak mengambil perkara tersebut dengan serius; pembungkusan produk dan kualiti. Turut menjadi perkongsian merupakan pendapat dia mengenai pemasaran yang “buruk” terhadap perniagaan di media sosial.

Fun Fact

Produk Delish Chocolate mendapat tempat di Langkawi, setaraf dengan coklat-coklat import. Delish Chocolate mempunyai satu maskot yang digunakan untuk mempromosikan produknya di universiti.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top