Bisnes Makeover,
26:43

Ep117. Cempaka Sari Florist Dan Tujuh Cawangannya

07 Apr 2019

Ep 117. Cempaka Sari Florist Dan Tujuh Cawangannya

Podcast kali ini bersama Nana meneroka dua isu yang seringkali dialami oleh pengusaha kedai bunga dan membawanya ke luar untuk dikongsi bersama umum sebelum kembali ke konti bersama-sama Puan Aida iaitu pengusaha bisnes Cempaka Sari Florist yang sudi berkongsi idea untuk menjalankan perniagaan kedai bunga.

Key Takeaways

Antara isu utama yang dihadapi dalam menjalankan bisnes kedai bunga adalah sama ada ingin menggunakan bunga sebenar atau tiruan jika ingin dihadiahkan kepada orang serta kesanggupan pelanggan membayar untuk bunga sebenar sedangkan bunga sebenar lebih cepat layu dan rosak.
Puan Aida turut berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan Cempaka Sari dan bagaimana ianya boleh diaplikasikan dalam membantu perniagaan Kak Intan yang baru berkembang. Antara idea yang diberi termasuk menyesuaikan identiti kedai serta pemasaran dengan pasaran pelanggan di samping menghadapi persaingan.

Fun Fact

Sebelum menjadi pengusaha kedai bunga, Puan Aida merupakan seorang jurutera. Beliau mendapat ilham untuk membuka bisnes kedai bunga kerana ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga dan juga selepas melihat pasaran di Cyberjaya pada ketika itu. Selepas tujuh tahun bermula sedari tahun 2003, beliau mula membuka cawangan-cawangan baru dan kini beliau sudahpun memiliki tujuh buah cawangan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top