Bisnes Makeover,
31:30

Ep116. Cabaran Mengendalikan MZ Deco, Usahawan Bunga

07 Apr 2019

Ep 114. Leave a Nest: Pengantarabangsaan dan Bioteknologi

Berniaga kedai bunga adalah sememangnya perniagaan yang berpotensi tinggi. Meneruskan momentum dalam episod kali ini, Nana berpeluang bersama-sama Kak Intan yang menjalankan bisnes kedai bunga MZ Deco yang sudahpun bertapak selama lebih 30 tahun.

Key Takeaways

MZ Deco adalah penjenamaan semula kepada jenama SK Deco yang sudah bergiat lama dalam bidang perusahaan kedai bunga. Dengan kos sebanyak tiga ratus ribu ringgit, Kak Intan sudah berupaya balik modal hanya dalam masa setahun. Skop beliau mencakupi gubahan bunga, doorgift, hantaran, hiasan acara dan juga banyak lagi. Beliau banyak berguru dengan mentor iaitu suami dan kakak ipar beliau di samping meminta pendapat daripada ibu saudara yang lebih arif tentang bunga. Beliau turut berkongsi pengalaman ketika mula-mula berniaga untuk menyesuaikan diri dan menambat hati pelanggan lama.

Fun Fact

Bermula sebagai pengusaha sebuah syarikat keselamatan, Kak Intan mengambil alih perniagaan kedai bunga daripada seorang pengusaha yang ingin bersara berikutan faktor usia. Kak Intan pula sudah sedia ada minat yang mendalam terhadap bunga hasil bekerja dengan kakak ipar semasa berumur 18 tahun.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top