Bisnes Makeover,
23:45

Ep115. Tips Menjadi Usahawan Bunga Bersama Nana

07 Apr 2019

Ep 115. Tips Menjadi Usahawan Bunga Bersama Nana

Episod podcast kali ini bersama Nana Mahazan mengupas pelbagai tips berkaitan bisnes “florist” atau usahawan kedai bunga seperti bagaimana untuk memulakan dan mengembangkan bisnes dalam bidang tersebut.

Key Takeaways

Menjalankan perniagaan kedai bunga perlu berdasarkan minat yang mendalam dan bukan sekadar bermotifkan kewangan semata-mata. Kreativiti dan juga daya imaginasi yang tinggi adalah antara unsur yang penting dalam menjalankan perniagaan ini, di samping pengetahuan mendalam tentang bunga. Pengetahuan ini adalah unik untuk perniagaan bunga berikutan keperluan untuk menentukan hiasan serta gubahan yang sesuai. Tema sesuatu acara serta konteks pemberian bunga tersebut juga perlu difahami agar mesej yang betul dapat sampai ke penerima.

Fun Fact

Perniagaan kedai bunga, walaupun jenis bermusim, sememangnya berpotensi untuk menjana pendapatan serta pulangan yang lumayan!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top