Bicara Ekspres,
29:18

Ep115. GIATMARA Membantu Anak Muda atau Tidak?

25 Mar 2019

Ep 115. GIATMARA Membantu Anak Muda atau Tidak?

Kali ini, Bicara Ekspres menjemput dua tetamu iaitu Encik Azizan dan Encik Muhammad Hafiz untuk ditemuramah mengenai usaha GIATMARA. Encik Azizan merupakan Pengarah Unit Usahawan dari agensi Giatmara manakala Encik Muhammad Hafiz merupakan pengasas syarikat percetakan A3. Dua orang tetamu ini memberikan info yang sangat penting untuk usahawan muda dan untuk pelajar Giatmara.

Key Takeaways

Sebelum Encik Hafiz menceburi bidang perniagaan, beliau telah bekerja selama dua tahun. Encik Hafiz membuka perniagaannya sendiri setelah didorong oleh pihak agensi Giatmara dan mula berniaga secara kecil-kecilan pada tahun 2006. Encik Hafiz berkongsi tentang pemasaran yang dilakukan olehnya pada tahun 2006 di mana penggunaan media sosial tidak begitu rancak dan mengubah persepsi usahawan muda pada zaman kini yang hanya melihat pemasaran kepada satu aspek sahaja walhal pemasaran mempunyai pelbagai aspek. Menurut Encik Hafiz, sebagai usahawan, mereka perlulah sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima pelbagai ilmu daripada pelbagai pihak. Encik Hafiz juga berkongsi tentang platform yang digunakan oleh beliau untuk mempromosikan perniagaannya selain Facebook dan Instagram.
Manakala Encik Azizan pula berkongsi tentang visi dan misi Giatmara pada awal penubuhan Giatmara serta tentang usaha mempromosikan ‘technopreneurs’ yang dilaksanakan oleh Giatmara. Selain menawarkan latihan teknikal kepada pelajar, Giatmara juga menawarkan subjek usahawan untuk pelajar supaya mereka mempunyai asas keusahawanan.

Fun Fact

Kemasukan Giatmara adalah percuma dan semuanya ditanggung oleh kerajaan. Pelajar juga diberikan elaun sebanyak RM200!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top