Bisnes Makeover,
28:14

Ep114. Leave a Nest: Pengantarabangsaan dan Bioteknologi

28 Mar 2019

Ep 114. Leave a Nest: Pengantarabangsaan dan Bioteknologi

Adalah menjadi mimpi bagi setiap usahawan untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi, lagi-lagi ke peringkat antarabangsa yang memiliki pasaran yang lebih besar dan luas. Namun tidak banyak peluang sebegitu yang boleh diperoleh oleh syarikat-syarikat serta usahawan dalam bidang bioteknologi. Tapi usah khuatir, Leave a Nest ada untuk membantu dengan platform tersebut. Ingin tahu? Dengarkan lebih lanjut episod ini bersama Nana Mahazan.

Key Takeaways

Leave a Nest melihat ada peluang untuk memberikan sokongan kepada syarikat-syarikat serta makmal penyelidikan berteknologi tinggi menerusi program “Tech Planter” yang berfungsi untuk membawa syarikat-syarikat ini kepada tahap yang lebih tinggi dengan memberikan peluang untuk berkongsi hasil kerja mereka pada peringkat serantau serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat di Jepun. Di samping mengadakan program bagi para usahawan, terdapat juga program serupa untuk pelajar sekolah dengan memberikan pendedahan kepada industri juga. 

Fun Fact

Leave a Nest merupakan hasil inisiatif daripada 15 orang pelajar ijazah pascasiswazah di Jepun yang ingin menawarkan platform untuk melakukan komunikasi sains yang mampu memberikan kegembiraan sejagat kepada semua.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top