Bisnes Makeover,
23:50

Ep113. Bio Bay perintis penyelidikan bioteknologi

28 Mar 2019

Ep 113. Bio Bay perintis penyelidikan bioteknologi

Bioteknologi di Malaysia bukan suatu industri kecil, bahkan telah menjangkau ke banyak ruang lingkup kehidupan masyarakat di Malaysia dalam segenap bidang. Temubual Bisnes Makeover dalam episod ini mengikuti perkongsian Yang Berbahagia Mohd Razif Abdul Wahab dalam perancangan untuk membangunkan sebuah kawasan yang bertumpu kepada teknologi tinggi khusus untuk penyelidikan bioteknologi di bawah Bio Bay.

Key Takeaways

Bio Bay adalah kawasan seluas lebih 1000 ekar di Pulau Indah di bawah Central Spectrum yang merupakan sebuah pembangunan bercampur yang berfokus kepada pembangunan bioteknologi, kawasan komersil dan kediaman. Fokus akan diberikan kepada mewujudkan hab bioteknologi bertaraf tinggi dengan mengambil idea dari pelbagai negara yang telah berkecimpung dalam bidang bioteknologi terlebih dahulu. Ini dijangka untuk menarik lebih banyak penyelidik dari pelbagai institut dan universiti untuk datang melakukan penyelidikan di sana.

Fun Fact

Bio Bay merupakan hasil usaha daripada inisiatif jangka panjang kerajaan yang terdahulu untuk membangunkan sebuah kawasan khusus untuk bioteknologi yang berimpak tinggi. Ini dijangka untuk mengangkat bidang bioteknologi di Malaysia khususnya di Selangor ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan lebih banyak peluang untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan di kawasan yang khusus.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top