Bisnes Makeover,
20:08

Ep112. Medkad membantu biousahawan menembusi pasaran kesihatan

28 Mar 2019

Ep 112. Medkad membantu biousahawan menembusi pasaran kesihatan

Dalam episod ini, Nana menemuramah Encik Faris dari Medkad yang menerangkan lebih lanjut mengenai servis yang ditawarkan oleh Medkad serta pengalaman menjalankan bisnes serta kerjasama yang ditawarkan dalam bidang bioteknologi.

Key Takeaways

Medkad adalah sebuah perkhidmatan yang membolehkan pembayaran perubatan dibuat tanpa membayar wang tunai. Pekerja di bawah syarikat berdaftar hanya perlu membawa telefon bimbit dengan aplikasi Medkad untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu berbelanja terlalu banyak wang. Kadar yang dikenakan adalah berdasarkan konsep pay-per-use yang mampu menjimatkan kos syarikat yang berdaftar untuk memperuntukkan kos perubatan kepada para pekerja. Dengan lebih banyak syarikat yang berdaftar dengan Medkad, mereka sedang mencari kerjasama dengan biousahawan untuk memasarkan produk mereka kepada para pelanggan di bawah Medkad.

Fun Fact

Dengan wujudnya Medkad, syarikat lebih banyak berjimat dari segi perbelanjaan perubatan di samping mengurangkan kebarangkalian untuk cuti sakit palsu. Aplikasi akan memberikan maklumat secara real-time kepada jabatan sumber manusia untuk pemantauan lanjut.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top