Bisnes Makeover,
32:54

Ep111. Industri Bioteknologi dan Biousahawan di Malaysia

28 Mar 2019

Ep 111. Industri Bioteknologi dan Biousahawan di Malaysia

Bidang biousahawan adalah luas dan tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja. Dalam episod kali ini, Nana berpeluang berbual bersama Mohd Khairul Fidzal iaitu COO Malaysian Bioeconomy Development Corporation. Jika anda seorang biousahawan atau pernah mendengar mengenai bidang bioteknologi, dengarkan podcast ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang keusahawanan yang unik ini.

Key Takeaways

Bioteknologi di Malaysia selalunya akan diaplikasikan kepada tiga bidang utama iaitu pertanian, perindustrian dan kesihatan. Malaysian Bioeconomy Development Corporation bertanggungjawab menerangkan kepada orang awam mengenai bioteknologi dan perusahaan berkaitan di samping turut memberikan sokongan kepada biousahawan di bandar dan di desa. Di samping memberikan ilmu kepada para usahawan, syarikat turut membantu dalam aspek pemasaran produk yang diketengahkan oleh biousahawan ini.

Fun Fact

Bermula sebagai Biotech Corp, syarikat ini ditempatkan di bawah Kementerian Sains dan Teknologi selama 10 tahun sebelum dijenamakan semula sebagai Malaysian Bioeconomy Development Corporation dan ditempatkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top