Bawa Mulut,
15:07

Ep11. Spa Untuk Semua

03 Jan 2019

Ep 11. Spa Untuk Semua

Sebagai pelanggan tetap, Cik Sal dan Joy kecewa dengan layanan khidmat pelanggan yang diterima daripada pekerja spa. Kekecewaan ini memberi ilham untuk Cik Sal membuka spa sendiri. Setelah membuat sedikit kajian, Cik Sal mendapati spa mudah alih lebih jimat dan mudah diuruskan. Seperti biasa, Joy dan Abang Rizal sedi membantu Cik Sal memulakan perniagaan barunya.

Key takeaways

Berbincang mengenai pengambilan pekerja, Abang Rizal mencadangkan untuk Cik Sal mencari pekerja di spa sedia ada kerana mereka sudah mempunyai pengalaman dan latihan yang diperlukan. Dia juga mencadangkan untuk Cik Sal mencari pekerja spa lelaki bagi mengendali pelanggan lelaki. Beberapa perkara yang dikenal pasti perlu perhatian yang lebih jika ingin menjalankan perkhidmatan ini, antaranya ialah harga, pakej dan perkhidmatan yang baik untuk menjaga reputasi dalam kalangan pelanggan. Cik Sal juga belajar untuk membezakan antara perkhidmatan dan pengurusan, dan berhati-hati dengan pekerja yang tidak amanah, serta memantau penggunaan bahan terlarang oleh pekerja ketika di lapangan.

Fun Fact

Selain wanita, spa turut menjadi tarikan pelanggan lelaki yang ingin menjaga penampilan diri terutamanya untuk penjagaan wajah. Hal ini membuka peluang pekerjaan kepada kaum lelaki yang minat dalam bidang penjagaan diri.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top