Bisnes Makeover,
3:42

Ep11. D’Klasik White Coffee

09 Aug 2018

Bisnes Makeover Bersama Nana Mahazan

Segmen Bisnes Makeover yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi – 10.00 pagi kendalian Nana Mahazan menumpukan kepada usahawan kecil dan mikro.

Selain dari pengkongsian tips dan pandangan dari pakar-pakar berkaitan perniagaan, untuk menjadikan rancangan Bisnes Makeover, Nana Mahazan dan krew BMO turun padang untuk menemubual peniaga-peniaga kecil di samping mendengar sendiri kejayaan dan isu yang boleh dikongsikan dengan pendengar yang lain.

Ep 11. D’Klasik White Coffee, Kota Bharu, Kelantan

Nana Mahazan telah berkunjung ke D’Klasik White Coffee yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan dan menemubual pengasas dan pemiliknya, Puan Raihan atau lebih dikenali sebagai Kak Ann. Beliau telah berkongsi mengenai bagaimana D’Klasik White Coffee bermula dan sehingga hari ini telah mempunyai 3 cawangan di Kota Bharu. Kesukaran, cabaran dan kejayaan yang dilalui oleh Kak Ann adalah atas berkat kesabaran beliau sehingga D’Klasik White Coffee adalah antara kopitiam terbesar di Kota Bharu, Kelantan. Tontoni temubual ini untuk mengetahui bagaimana Kak Ann menjalankan bisnes kopitiam ini.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top