Bisnes Makeover,
43:57

Ep109. Promosi Organik Rahsia Kesetiaan Pelanggan?

25 Mar 2019

Ep 109. Promosi Organik Rahsia Kesetiaan Pelanggan?

Dalam episod ini, Nana Mahazan menemuramah Farid Zenon dari perniagaan Zenon Barbershop. Zenon Barbershop merupakan kedai gunting rambut yang bermula di “downtown” Cheras yang berkonsepkan rock and roll yang diasaskan pada tahun 2010. Berkongsi tentang pelanggan, cara memupuk kesetiaan pelanggan kepada jenama Zenon dan taktik pemasaran secara online di media sosial, perkongsian Farid ini berbaloi untuk semua usahawan di luar sana.

Key Takeaway

Farid berkongsi rahsia-rahsia perniagaannya, terutama sekali mengenai pemasaran secara atas talian dan bagai mana untuk memanipulasikan SEO serta hashtag untuk membina reputasi yang konsisten bagi sesuatu perniagaan. Selain dari itu, beliau juga berkongsi dinamik diantara tukang gunting rambut yang mempunyai pelanggan setia sendiri serta kesetiaan kepada jenama sesebuah kedai gunting rambut. Dugaan dan cabaran dalam dunia perniagaan adalah perkara yang tidak asing bagi usahawan yang dah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan Farid turut berkongsi cabaran yang unik kepada usahawan gunting rambut.

Fun Fact

Perniagaan barbershop dalam keluarga Farid bermula dengan tradisi bapanya yang memaksa rambut anak-anaknya dipotong sendiri sebagai aktiviti “family bonding time” bersama.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top