Bisnes Makeover,
42:57

Ep108. Resipi Pelaris Oleh Shortea Barbershop

25 Mar 2019

Ep 108. Resipi Pelaris Oleh Shortea Barbershop

Shortea Barbershop yang diuruskan Mohd Farid Mohamed Ali sejak 2 tahun lepas ini sememangnya terkenal di kawasan Wangsa Maju. Mana taknya, beliau mempromosikan servis di kedainya dengan memanfaatkan media sosial rakan kongsi, Mustaqim Bahadon yang merupakan seorang pelakon. Bukan sekadar itu, beliau juga banyak menjemput rakan-rakan artis dan menawarkan guntingan percuma, seterusnya mereka akan berkongsi pengalaman dengan pengikut di media sosial masing-masing.

Key Takeaway

Bagi Farid, cabaran terbesar dalam menguruskan perniagaan adalah pengurusan pekerja. Namun, beliau mengatasi masalah-masalah pekerjanya dengan mengadakan sesi perbincangan setiap minggu bagi mengetahui masalah, luahan dan apa yang terlebih dan terkurang supaya masing-masing dapat memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Malah, sekali-sekala Farid juga tampil dengan inisiatif menghantar pekerjanya ke ‘barber battle’ supaya mereka dapat menajamkan kemahiran dan berkongsi ilmu dengan peserta yang lain.

Fun Fact

Keunikan Shortea Barbershop terletak pada waktu perniagaan mereka bermula dari 1 petang hingga 1 pagi. Malah, waktu cuti sekolah, cuti umum atau perayaan seperti hari raya dan sebagainya, waktu perniagaan mereka dilajakkan supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan ketika waktu puncak.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top