Bisnes Makeover,
36:07

Ep107. Pemasaran Mulut Ke Mulut Masih Relevan

25 Mar 2019

Ep 107. Pemasaran Mulut Ke Mulut Masih Relevan

Dalam episod ini, Nana menemubual seorang pemilik rangkaian salon Team C Cut Hair Salon yang telah 8 tahun menceburi bidang perniagaan kedai gunting rambut! Team C Cut Hair Salon dimiliki oleh Muhammad Nasrullah atau lebih mesra disapa Anas bersama isterinya, Siti Teh dan kini sudah mempunyai 6 cawangan di Malaysia. Anas menguasai teknik pemasaran tanpa menggunakan teknologi ketika memulakan perniagaannya ketika usia syarikatnya hanya setahun jagung!

Key Takeaway

Kata Anas, persaingan dalam industri barber memang tidak dapat dielakkan, biarpun sejak 8 tahun dulu bila beliau mula membuka cawangan pertama. Namun, dia tak ambil peduli perniagaan orang lain namun menggalakkan pekerjanya untuk bersaing sesama sendiri. Menurutnya, antara cara untuk menghadapi persaingan secara sihat ialah kualiti servis yang ditawarkan pihaknya haruslah lebih baik berbanding pesainganya. Bila pelanggan puas hati, pasti mereka akan berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan mereka yang lain. Dari situ, beliau sudah dapat teknik pemasaran percuma dan berkongsi tips-tips ini serta cara pemasaran yang lain dalam episod BMO ini!

Fun Fact

Tertubuhnya Team C Cut ini apabila Anas ternampak Siti menggunting kain sebelum dijadikan isteri. Anas tertarik dan terus mendaftarkan diri dalam GIATMARA dan belajar menggunting rambut selama 6 bulan. Selepas tamat pembelajaran, beliau ditawarkan bekerja salun di Pavilion. Dari situlah Anas menimba ilmu dan pengalaman sehingga boleh berjaya hingga hari ini.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top