Bisnes Makeover,
24:25

Ep106. Kedai Rambut ‘Rustic’ Mikel Barbershop

25 Mar 2019

Ep 106. Kedai Rambut ‘Rustic’ Mikel Barbershop

Mikel Berbershop yang terletak di Batu Caves ini menawarkan servis potong, kemas dan cuci rambut serta kemaskan jambang. Walau baru 6 bulan beroperasi, Mikel Barbershop yang dikendalikan Mohamad Bin Mohamed atau lebih mesra disapa Amad, berjaya mengaut keuntungan hampir RM10,000 setiap bulan. Rahsianya, Amad menarik minat pelanggan untuk datang ke kedainya dengan mengenakan konsep kedai bertemakan ‘rustic’ yang unik. Dekorasi kayu dan pintu masuk yang unik memberikan pengalaman berbeza saat anda melangkah masuk ke Mikel Barbershop.

Key Takeaway

Amad mengambil bertahun lamanya bagi mengumpul ilmu, pengalaman dan kemahiran sebelum membuka Mikel Barbershop. Beliau pernah bekerja selama kira-kira 6 tahun di beberapa kedai gunting rambut seperti Joe’s Barbershop dan menghadiri pelbagai kelas dan kursus menggunting rambut bagi mendalami ilmu. Selain itu, Amad juga berkongsi usaha beliau bagi menstabilkan perusahaan sepanjang 6 bulan ini, seperti penyebaran flyers namun hanya 2-3 orang saja yang datang ke kedainya. Selepas itu, beliau memanfaatkan servis pengiklanan Facebook dan Instagram, dan perniagaannya semakin berkembang dan beliau berharap dapat lebih banyak cawangan di Malaysia selepas ini!

Fun Fact

Minat dalam bidang perusahaan sudah lahir dalam jiwa Amad sejak kecil. Mana taknya, beliau mengambil subjek keusahawanan ketika belajar dan turut berniaga baju-T selepas tamat sekolah!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top