Bisnes Makeover,
11:11

Ep105. 12 Tips Hebat Mulakan Bisnes Barbershop

25 Mar 2019

Ep 105. 12 Tips Hebat Mulakan Bisnes Barbershop

Cuba anda lihat sekeliling, bisnes tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan kan? Namun, ada di antaranya kecundang sebelum tempoh matang atau meraih kejayaan. Semua itu gara-gara tidak fokus dan cetek ilmu perniagaan membuatkan mereka tumpas di tengah jalan. Nana Mahazan dalam episod kali ini berkongsi 12 tips hebat dari usahawan.com yang berguna buat usahawan seperti anda sebelum memulakan bisnes, khususnya bisnes berbershop yang makin dikenali pada zaman ini.

Key Takeaway

Nana berkongsi, hiasan dalaman yang menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai kita. Jika dekorasi dan suasananya kena dengan jiwa mereka, tidak mustahil mereka akan datang buat kali kedua. Kata Nana, bukan setakat hiasan dalaman memainkan peranan, sedikit suntikan elemen kesetiaan seperti tawaran potongan harga untuk kunjungan seterusnya juga menarik minat pelanggan supaya menjadikan kedai gunting rambut kita tempat kegemaran mereka untuk merapi rambut bila tiba waktunya. Nak tahu lebih banyak tips berguna ini, jom dengarkan episod Bisnes Makeover kali ini!

Fun Fact

Nama bisnes dan logo kedai gunting rambut yang mudah diingat serta unik memainkan peranan supaya ia mudah lekat dalam ingatan pelanggan. Jadi, setiap kali mereka mahu menggunting rambut, mereka akan ingat kedai anda!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top