Bisnes Makeover,
29:39

Ep103. Gizma Dobi 2 Cawangan Dengan 2 “ROI” berbeza

14 Mar 2019

Ep 103. Gizma Dobi 2 Cawangan Dengan 2 “ROI” berbeza

Segmen Jom Share di dalam episod Bisnes Makeover ini menemu bual seorang pengusaha perniagaan dobi Gizmo Dobi yang terletak di Subang Bestari iaitu Encik Ahmad Hafizullah. Gizmo Dobi kini mempunyai dua cawangan iaitu di Subang Bestari dan di Grik, Perak. Pemiliknya mula berminat dalam bidang ini kerana beliau merupakan salah seorang pengguna tegar dobi layan diri dan kemudiannya membuat kajian bersama rakan kongsinya mengenai perniagaan dobi layan diri bagi menyelesaikan dan menjimatkan kos beliau sebagai seorang pengguna.

Key Takeaway

Antara kupasan dalam episod ini ialah jenama mesin pencuci yang menjadi pilihan pemilik Gizmo Dobi dan cara-cara bagi usahawan industri dobi memilih jenama mesin yang paling sesuai bagi keperluan perniagaan masing-masing. Kajian terhadap kepadatan penduduk pula menjadi kunci beliau memilih lokasi namun ianya bergantung juga kepada nilai sewa khususnya bagi mereka yang baru bermula dan tidak mempunyai premis sendiri. Perkongsian beliau disalut dengan soalan-soalan perbandingan yang diutarakan oleh Nana Mahazan dalam membandingkan strategi berbeza dari perniagaan yang sama daripada pengusaha berbeza.

Fun Fact

Rakan kongsi Encik Hafiz bagi perniagaan Gizmo Dobi ini merupakan adiknya sendiri yang turut mempunyai minat yang sama dengan beliau!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top