Bisnes Makeover,
26:38

Ep102. Adan Dobi, Rangkaian Dobi Berjaya

14 Mar 2019

Ep 102. Adan Dobi, Rangkaian Dobi Berjaya

Pada tahun 2010, Encik Zamani Zakaria telah memulakan empayar kedai dobinya dengan hanya satu kedai “”full-service laundromat”” yang menawarkan perkhidmatan lengkap sebagai kedai dobi. Kini, beliau menjadi pemilik rangkaian sebesar 52 kedai dobi di sekitar Malaysia serta merupakan pemilik lesen francais bagi jenama dobi “”Adan Dobi””. Dalam episod ini, beliau berkongsi tips-tips yang telah dikumpul selama hampir sedekad berkecipung dalam bidang ini.

Key Takeaway

Antara cabaran terbesar memulakan perniagaan dobi ialah kos modal yang terlalu tinggi serta kesukaran memberi komitmen sepenuhnya kepada operasi harian kedai dobi tersebut. Encik Zamani menceritakan beberapa langkah permulaan bagi mana mana usahawan yang ingin menceburi bidang dobi, terutama sekali dobi layan diri yang kini mendapat sambutan hangat di serata Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai kos permulaan bagi kedai dobi layan diri serta kedai dobi full-fledge dalam episod BMO kali ini, hanya di eFM bersama Nana Mahazan!

Fun Fact

Perniagaan ini dinamakan Adan sempena nama anak sulung Encik Zamani dan bermula pada tahun 2010 di Damansara Damai.”

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top