Bisnes Makeover,
21:25

Ep101. Dobi Layan Diri dengan Perkhidmatan Nilai Tambahan

14 Mar 2019

Ep 101. Dobi Layan Diri dengan Perkhidmatan Nilai Tambahan

Segment Tolong Make Overkan oleh Nana Mahazan dalam Bisnes MakeOver menjemput En. Mizan daripada Adan Laundry Air 8, Putrajaya. Ideanya untuk menceburi perniagaan ini tercetus ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika beliau pulang ke kampung di mana beliau mendapati permintaan terhadap menyelesaikan masalah mencuci pakaian sangat menguntungkan. Kegagalan pertamanya pada 2016 ketika membuka perniagaan ini di Muar Johor, tidak melemahkan semangatnya sehinggalah beliau kemudian menemui En Zamani untuk menjalankan kerjasama franchise terhadap brand Adan Laundry.

Key Takeaway

Modal bagi menjalankan franchise terhadap perniagaan sedia ada memang agak besar, ini kerana ianya dapat membantu penjimatan terhadap berbagai research terutamanya terhadap teknologi dan aspek keselamatan yang lebih terjamin. Antara kupasan episod ini ialah cara membiayai perniagaan baru seperti bantuan dari Perbadanan Nasional Berhad yang merupakan antara badan yang membantu Encik Mizan dalam usahanya mendapatkan modal bantuan.

Fun Fact

Selain mendapat bantuan dari pihak Perbadanan Nasional Berhad, Encik Mizan turut bertungkus lumus menjana 30 peratus dari modalnya sendiri!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top