Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
23:42

Ep09. Pengusaha Makanan Power dari Negeri Sembilan

26 May 2019

Ep 09. Pengusaha Makanan Power dari Negeri Sembilan

Dalam sesi wawancara yang berlangsung semasa Satu Daerah Satu Industri di Melaka baru-baru ini, hos kami Encik Rizal mewawancara tiga orang pengusaha makanan dari tiga syarikat berbeza yang semuanya berasal dari Negeri Sembilan.

Isi Utama

Encik Badrul dari ChiGan Worldwide berkongsi maklumat tentang dim sum beku yang dihasilkan oleh Muslim Bumiputera dan kini boleh dibeli dari sumber e-commerce seperti Lazada dan Shopee dan juga pembekal makanan beku di serata Malaysia. Sementara itu Puan Nur Marini menceritakan tentang produk sambal ikan bilis berjenama Chovees keluaran Raudhah Rich food & Trading yang dijual di dalam kotak yang berisi sambal ikan bilis yang dihasilkan menggunakan cili api merah dan ikan bilis gred AAA, juga terdapat di Lazada dan Shopee. Selain itu, Puan Miza Omar dari Rehan Global Food Sdn Bhd menceritakan tentang pes masakan dan rempah ratus keluaran syarikatnya yang mempunyai sijil halal Jakim dan menggunakan resepi turun-temurun keluarganya sendiri.

Fakta Menarik

Ramai pengusaha makanan di Malaysia kini beroperasi dengan lebih bijak; mereka menjual makanan melalui laman e-commerce seperti Lazada dan Shopee!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top