Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
31:26

Ep08. Mengekalkan Identiti Lokal Pada Produk

26 May 2019

Ep 08. Mengekalkan Identiti Lokal Pada Produk

Episod kali ini menampilkan seorang wakil syarikat tempatan yang ternama dan dua orang usahawan wanita yang berjaya. Encik Rizad daripada syarikat Jalen, Puan Nuryanty daripada syarikat Hijrah Water, dan Puan Haleda Aqila daripada Bate Qila berkongsi dengan pendengar tentang perniagaan mereka dari pelbagai aspek. Walaupun membawa produk yang berbeza, ketiga-tiga syarikat ini mempunyai persamaan dari segi mengetengahkan unsur tempatan dan mementingkan kehendak serta kemahuan rakyat tempatan. Mereka dapat membuktikan bahawa produk tempatan juga boleh bersaing dengan produk antarabangsa dengan sokongan pembeli.

Isi Utama

Syarikat Jalen bukanlah jenama yang asing bagi rakyat Malaysia. Jenama yang sinonim dengan kicap itu boleh dikatakan antara bahan makanan yang menjadi identiti kepada kita. Ini membuktikan bahawa produk tempatan juga berkualiti dan memberi kepuasan kepada pengguna dengan harga yang lebih murah. Barangan tempatan tidak terhad kepada bahan makanan dan syarikat seperti Hijrah Water dan Bate Qila pula membawa perspektif yang lain terhadap produk tempatan. Hijrah Water merupakan sebuah syarikat mesin tapisan air dan pemprosesan air minuman yang dijamin halal oleh JAKIM manakala Bate Qila menghasilkan aneka cenderahati yang berunsurkan batik dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang diberi. Ikuti Encik Rizad, Puan Nuryanty, dan Puan Aqila dalam perkongsian mereka tentang syarikat dan produk yang dikeluarkan, serta dapatkan maklumat berguna seperti cara mendapatkan produk, promosi-promosi yang dijalankan, serta peluang-peluang menjadi pengedar bagi produk mereka.

Fakta Menarik

Bate Qila menggunakan kaedah moden untuk menghasilkan corak batik iaitu menggunakan cat akrilik dan cat semburan (spray paint) untuk rangkaian cenderamata mereka.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top