Usahawan TEKUN Nasional,
13:19

Ep08. Boost Perniagaan Anda Dengan In Scan

07 Apr 2019

Ep 08. Boost Perniagaan Anda Dengan In Scan

In Scan yang beroperasi di Cyberjaya sebenarnya menapak di bawah Institut Keusahawanan Negara yang meneraju pembangunan usahawan, menjadi pusat rujukan keusahawanan negara supaya membentuk usahawan berpengetahuan tinggi, berdaya tahan dan mampu bersaing dalam arena globalisasi. Menurut Ketua Latihan Keusahawanan In Scan, Norasiah Harun, In Scan menyediakan latihan keusahawan, bimbingan, kelas dan pelbagai lagi sokongan untuk usahawan Malaysia melonjakkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Key Takeaways

Kata Norasiah, dalam perniagaan kita memang memerlukan modal, tapi paling penting adalah modal ilmu. Biarpun duit dan perniagaan yang dijalankan bagus, tapi tanpa ilmu ia tida akan pergi jauh. Dengan adanya In Scan, anda boleh dapatkan bimbingan dan sertai kelas latihan supaya perniagaan lebih dikenali orang ramai. Pelbagai pilihan, silibus, program dan kelas boleh dipilih di www.inscan.gov.my secara percuma dan kelas berbayar turut boleh didapati jika anda seorang usahawan peringkat scale up.

Fun Fact

Hanya RM200 untuk kelas latihan 2 hari 1 malam, anda pasti pulang dengan ilmu di dada supaya dapat diaplikasikan dalam perniagaan sendiri. Bukan saja murah, malah ia dibimbing oleh pemain industri yang mahir dalam bidang perniagaan yang sudah tahu selok-belok dunia penuh cabaran itu.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top